Renungan

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya."


Asmaul Husna

Photobucket

Minda Bestari

Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia melakukan kemungkaran sewenang-wenangnya tanpa takut kepada azab Allah, pada masa yang sama mereka tidak mahu menerima teguran dan nasihat para pendakwah Islam. Ketika itu siapakah yang akan menjadi pembela dan pembimbing mereka? Adakah anda bersedia menjadi pendakwah yang berketrampilan dan berjaya merubah generasi ini?


Senarai Blog

SEGERA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR

Dicatat oleh oneminor Khamis, 4 Mac 2010


Dalil bertaubat: (Surah Ali Imran,133-136)

Maksudnya: "Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada tuhanmu, dan syurga yang luas seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang menafqahkan hartanya pada masa senang dan susah, dan yang sanggup menahan marahnya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan. Dan (juga) orang yang apabila melakukan perkara keji atau menganiayai dirinya sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka. Siapa lagi yang mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus mengulangi perbuatan yang buruk itu, sedang mereka mengetahui. Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan daripada tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka kekal di dalamnya dan demikian itulah sebaik-baiknya balasan untuk orang yang beramal".

Sifat-sifat orang yang Bertaubat:

Orang yang bertaubat ialah orang yang melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

~Membelanjakan harta dijalan Allah

Orang yang bertaqwa mudah membelanjakan harta untuk kebaikan diri dan orang lain sama ada ketika senang atau susah.Mereka tidak mementingkan diri sendiri walaupun ketika dalam kesusahan,malahan mereka tetap menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.Ketika senang mereka tidak boros dan tidak bakhil.Sifat pemurah dan dermawan ini amat disukai Allah.

~Mengawal diri ketika marah

Orang yang bertaqwa tidak bertindak melulu apabila berhadapan dengan ejekkan,kejian atau tentangan. Sebaliknya mereka menghadapi suasana yang tegang dan tidak terkawal dengan tenang dan sabar.

~Memaafkan kesalahan orang lain

Mereka berlapang dada walaupun ada orang melakukan kesalahan terhadap mereka.Sejarah telah merakamkan ramai orang memeluk islam kerana tertarik dengan sifat Halim iaitu lemah lembut yang ditunjukkan oleh Rasullullah.

Kisah:

Pernah berlaku seorang Yahudi bersikap kasar terhadap Rasullullah(S.A.W) ketika menuntut hutang daripada baginda lebih awal dari masa yang dijanjikan. Saidina Omar yang berada bersama Rasullullah(S.A.W) ketika itu memegang leher baju Yahudi tersebut dan menggarisnya kerana dia bersikap kasar terhadap Rasullullah(S.A.W). Rasullullah(S.A.W) menyuruh Saidina Omar supaya melepaskannya dan meminta Saidina Omar melunaskan hutang tersebut dengan menambah jumlahnya. Lelaki Yahudi tersebut terharu atas layanan Rasullullah(S.A.W). Dengan rasa insaf akhirnya dia memeluk Islam dihadapan Rasullullah(S.A.W).

Cara bertaubat dan beristighfar:

1) Niat

*Menyesal atas perbuatan yang dilakukan.

*Berazam tidak akan mengulangi dosa yang dilakukan.

2) Ucapan

*Beristighfar dangan menyebut'Astaghfirullahaziim'.

*Memohon maaf atas kesalahan terhadap manusia.

3) Tindakan

*Meninggalkan perbuatan dosa yang pernah dilakukan.

*Mengembalikan hak orang lain yang diambil seperti harta yang dicuri, dirampas atau ditipu.

*Meningkatkan amalan soleh dan kebajikan.

0 ulasan

Catat Ulasan

Hargai masa

Kalendar

Tentang Saya

oneminor
Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Lihat profil lengkap saya

Ruang Sembang

Followers