Renungan

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya."


Asmaul Husna

Photobucket

Minda Bestari

Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia melakukan kemungkaran sewenang-wenangnya tanpa takut kepada azab Allah, pada masa yang sama mereka tidak mahu menerima teguran dan nasihat para pendakwah Islam. Ketika itu siapakah yang akan menjadi pembela dan pembimbing mereka? Adakah anda bersedia menjadi pendakwah yang berketrampilan dan berjaya merubah generasi ini?


Senarai Blog

SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN

Dicatat oleh oneminor Isnin, 15 Mac 2010

BERSEDEKAH, di antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini bukan hanyakepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah dan mulai dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika berada dalam keadaan mencukupi (segala keperluan). Siapa memohon dipelihara (untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang menerima ialah galakan supaya kita menjadi orang suka memberi, bukan yang meminta kerana kedudukan bersedekah lebih baik terutama jika mereka melakukannya dengan hati yang ikhlas. Amalan sedekah yang dianjurkan Islam bertujuan melengkapkan kitaran hidup antara yang kaya dengan miskin kerana sebagai pihak mempunyai kelebihan, mereka bertanggungjawab membantu saudara yang memerlukan.



Mereka yang gemar bersedekah dijanjikan Allah ganjaran pahala yang besar. Firman-Nya yang bermaksud: "Siapakah yang mahu meminjamkan (hartanya) kepada Allah dengan pinjaman yang baik (iaitu dengan mendermakannya pada jalan Allah), lalu Allah melipatgandakan (balasannya) dan untuknya pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 11)



1.1 Konsep Sedekah

~Sedekah bermaksud memberi barang kepada orang yang memerlukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah S.W.T

~Amalan sedekah adalah amalan yang mulia dan sangat digalakkan dalam ajaran Islam dan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T

1.2 Amalan Sedekah

-Setiap orang Islam sama ada kaya atau miskin boleh melakukan amalan sedekah dalam kehidupan sehariannya bagi mencari keredhaan Allah.

-Sesuatu amalan itu dikira sedekah jikalau dilakukan mengikut syarat- syarat yang tertentu. Antaranya ialah:
- bersedekah dengan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T
- boleh memberi manfaat kepada seseorang
-Terdapat beberapa amalan sedekah yang dinyatakan di dalam hadis Rasulullah S.A.W:
- memberi keadilan antara dua orang yang berselisih faham
- membantu mengangkat barang-barang ke dalam kenderaan seseorang
-mengucapkan perkataan yang baik seperti memberi salam, memberi nasihat dan sebagainya
- berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat juga dikira sebagai sedekah

1.3 Adab-Adab Bersedekah

~Memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan
~Tidak menghebohkan pemberian tersebut kecuali untuk menggalakkan orang lain bersedekah
~Barang sedekah seperti wang hendaklah daripada sumber yang halal di sisi Allah S.W.T

1.4 Hikmat Bersedekah

~Sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah S.W.T
~Dapat melatih diri seseorang menjadi seorang yang dermawan
~Memperoleh ganjaran daripada Allah S.W.T
~Dapat menghindarkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil

1 Responses to SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN

  1. Tanpa Nama Says:
  2. Alamat Pejabat Kebangsaan - Bangunan Nationwide Swindon Persatuan Seluruh Negara Blok D Avenue SN12 England TN GPS / Postal Code Geographic Hanya: SN10 1B2
    Tuan / Puan,
    Tawaran kebangsaan dilindungi dan pinjaman peribadi tidak bercagar kepada pelanggan untuk tujuan memulakan perniagaan baru, individu dan perniagaan. Pinjaman kami juga diinsuranskan untuk keselamatan maksimum dan ia adalah pemindahan dalam talian. pinjaman euro 10,000.00 euro 20,000,000.00 dengan faedah 2%, pinjaman dibayar balik dalam tempoh antara 1 hingga 20 tahun, pinjaman disediakan untuk sebarang tujuan mengisi ruang untuk mendapatkan nama penuh: ____________ Alamat: _____________ Jumlah Pinjaman: ____________ pinjaman Tempoh : ___________ Telefon: __________. Maklumat lanjut mengenai pinjaman Nationwide akan dihantar kepada anda selepas kami menerima permohonan pinjaman anda. Nationwide Building Society memeluk Kanun Pinjaman.
    Permohonan pinjaman anda adalah sangat dihargai.
    Charles A. Staf Akauntan ______________________________ _____ Email: anitacharlesloancompany@gmail.com

     

Catat Ulasan

Hargai masa

Kalendar

Tentang Saya

oneminor
Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Lihat profil lengkap saya

Ruang Sembang

Followers