Renungan

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya."


Asmaul Husna

Photobucket

Minda Bestari

Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia melakukan kemungkaran sewenang-wenangnya tanpa takut kepada azab Allah, pada masa yang sama mereka tidak mahu menerima teguran dan nasihat para pendakwah Islam. Ketika itu siapakah yang akan menjadi pembela dan pembimbing mereka? Adakah anda bersedia menjadi pendakwah yang berketrampilan dan berjaya merubah generasi ini?


Senarai Blog

MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

Dicatat oleh oneminor Ahad, 28 Mac 2010 0 ulasan

Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah satu daripada cara hidup yang dituntut Allah kerana amalan kejiranan yang sempurna memupuk semangat ke bersamaan, persefahaman dan keharmonian.

Maksud Jiran
Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita iaitu dikanan, kiri yang meliputi 40 buah rumah di setiap penjuru.

Adab-adab dan Hak-hak Jiran

1.Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.

2.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.

3.Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda; “Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Muslim)

4. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takabbur.

5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.

6. Menyintai mereka seperti mana kita menyintai diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.

| edit post

MENCEGAH KEMUNGKARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Dicatat oleh oneminor Sabtu, 27 Mac 2010 2 ulasan


Maksudnya : "Dari Abu Said Al-Khudri r.a., katanya ; Aku dengar Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (kuasa), Jika dia tidak mampu maka hendaklah dicegah dengan lidahnya, Tetapi jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim)


1.1 Kewajipan Mencegah Kemungkaran


-Umat Islam bertanggungjawab mencegah setiap kemungkaran yang berlaku

dalam sesebuah masyarakat.

-Cara-cara mencegah kemungkaran:

- mencegah dengan tangan
contoh: ibu bapa dengan anak, polis terhadap orang awam.


- mencegah dengan lidah
contoh: memberi nasihat pengajaran dan sebagainya.


- mencegah dengan hati
contoh: seseorang menanam perasaan benci terhadap kemungkaran tersebut atau
berdoa agar diri sendiri dilindungi daripada kemungkaran tersebut



1.2 Akibat Tidak Mengikut Cara Dakwah Yang Betul

Orang Islam yang mencegah kemungkaran dengan cara yang salah akan

menimbulkan masalah. Antara masalah-masalah tersebut ialah:
- masyarakat Islam akan berpecah-belah
- berlaku perselisihan dan pergaduhan
- tanggungjawab amar makruf nahi mungkar tidak berkesan
- nama baik masyarakat Islam akan tercemar
- dakwah tidak dapat sambutan malah dicemuh oleh orang ramai


1.3 Kesan Baik Mencegah Kemungkaran

~Kehidupan masyarakat akan menjadi aman dan damai
~Dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia
~Mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah S.W.T
~Perpaduan dapat dipertingkatkan
~Pembangunan negara berjalan dengan baik dan diredhai Alla S.W.T


| edit post

SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN

Dicatat oleh oneminor Isnin, 15 Mac 2010 1 ulasan

BERSEDEKAH, di antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini bukan hanyakepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah dan mulai dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika berada dalam keadaan mencukupi (segala keperluan). Siapa memohon dipelihara (untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang menerima ialah galakan supaya kita menjadi orang suka memberi, bukan yang meminta kerana kedudukan bersedekah lebih baik terutama jika mereka melakukannya dengan hati yang ikhlas. Amalan sedekah yang dianjurkan Islam bertujuan melengkapkan kitaran hidup antara yang kaya dengan miskin kerana sebagai pihak mempunyai kelebihan, mereka bertanggungjawab membantu saudara yang memerlukan.



Mereka yang gemar bersedekah dijanjikan Allah ganjaran pahala yang besar. Firman-Nya yang bermaksud: "Siapakah yang mahu meminjamkan (hartanya) kepada Allah dengan pinjaman yang baik (iaitu dengan mendermakannya pada jalan Allah), lalu Allah melipatgandakan (balasannya) dan untuknya pahala yang mulia." (Surah al-Hadid, ayat 11)



1.1 Konsep Sedekah

~Sedekah bermaksud memberi barang kepada orang yang memerlukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah S.W.T

~Amalan sedekah adalah amalan yang mulia dan sangat digalakkan dalam ajaran Islam dan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T

1.2 Amalan Sedekah

-Setiap orang Islam sama ada kaya atau miskin boleh melakukan amalan sedekah dalam kehidupan sehariannya bagi mencari keredhaan Allah.

-Sesuatu amalan itu dikira sedekah jikalau dilakukan mengikut syarat- syarat yang tertentu. Antaranya ialah:
- bersedekah dengan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T
- boleh memberi manfaat kepada seseorang
-Terdapat beberapa amalan sedekah yang dinyatakan di dalam hadis Rasulullah S.A.W:
- memberi keadilan antara dua orang yang berselisih faham
- membantu mengangkat barang-barang ke dalam kenderaan seseorang
-mengucapkan perkataan yang baik seperti memberi salam, memberi nasihat dan sebagainya
- berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat juga dikira sebagai sedekah

1.3 Adab-Adab Bersedekah

~Memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan
~Tidak menghebohkan pemberian tersebut kecuali untuk menggalakkan orang lain bersedekah
~Barang sedekah seperti wang hendaklah daripada sumber yang halal di sisi Allah S.W.T

1.4 Hikmat Bersedekah

~Sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah S.W.T
~Dapat melatih diri seseorang menjadi seorang yang dermawan
~Memperoleh ganjaran daripada Allah S.W.T
~Dapat menghindarkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil

| edit post

SEGERA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR

Dicatat oleh oneminor Khamis, 4 Mac 2010 0 ulasan


Dalil bertaubat: (Surah Ali Imran,133-136)

Maksudnya: "Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada tuhanmu, dan syurga yang luas seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang menafqahkan hartanya pada masa senang dan susah, dan yang sanggup menahan marahnya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan. Dan (juga) orang yang apabila melakukan perkara keji atau menganiayai dirinya sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka. Siapa lagi yang mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus mengulangi perbuatan yang buruk itu, sedang mereka mengetahui. Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan daripada tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka kekal di dalamnya dan demikian itulah sebaik-baiknya balasan untuk orang yang beramal".

Sifat-sifat orang yang Bertaubat:

Orang yang bertaubat ialah orang yang melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

~Membelanjakan harta dijalan Allah

Orang yang bertaqwa mudah membelanjakan harta untuk kebaikan diri dan orang lain sama ada ketika senang atau susah.Mereka tidak mementingkan diri sendiri walaupun ketika dalam kesusahan,malahan mereka tetap menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.Ketika senang mereka tidak boros dan tidak bakhil.Sifat pemurah dan dermawan ini amat disukai Allah.

~Mengawal diri ketika marah

Orang yang bertaqwa tidak bertindak melulu apabila berhadapan dengan ejekkan,kejian atau tentangan. Sebaliknya mereka menghadapi suasana yang tegang dan tidak terkawal dengan tenang dan sabar.

~Memaafkan kesalahan orang lain

Mereka berlapang dada walaupun ada orang melakukan kesalahan terhadap mereka.Sejarah telah merakamkan ramai orang memeluk islam kerana tertarik dengan sifat Halim iaitu lemah lembut yang ditunjukkan oleh Rasullullah.

Kisah:

Pernah berlaku seorang Yahudi bersikap kasar terhadap Rasullullah(S.A.W) ketika menuntut hutang daripada baginda lebih awal dari masa yang dijanjikan. Saidina Omar yang berada bersama Rasullullah(S.A.W) ketika itu memegang leher baju Yahudi tersebut dan menggarisnya kerana dia bersikap kasar terhadap Rasullullah(S.A.W). Rasullullah(S.A.W) menyuruh Saidina Omar supaya melepaskannya dan meminta Saidina Omar melunaskan hutang tersebut dengan menambah jumlahnya. Lelaki Yahudi tersebut terharu atas layanan Rasullullah(S.A.W). Dengan rasa insaf akhirnya dia memeluk Islam dihadapan Rasullullah(S.A.W).

Cara bertaubat dan beristighfar:

1) Niat

*Menyesal atas perbuatan yang dilakukan.

*Berazam tidak akan mengulangi dosa yang dilakukan.

2) Ucapan

*Beristighfar dangan menyebut'Astaghfirullahaziim'.

*Memohon maaf atas kesalahan terhadap manusia.

3) Tindakan

*Meninggalkan perbuatan dosa yang pernah dilakukan.

*Mengembalikan hak orang lain yang diambil seperti harta yang dicuri, dirampas atau ditipu.

*Meningkatkan amalan soleh dan kebajikan.

| edit post

SOLAT QASAR DAN JAMAK

Dicatat oleh oneminor Isnin, 22 Februari 2010 0 ulasan

Solat Qasar

Maksud solat qasar bagi orang yang musafir ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat ( Zohor, Asar dan Isya’) menjadi dua rakaat sahaja, dengan syarat ia masih lagi dalam musafir dan musafir itu bukan kerana maksiat (sesuatu yang dilarang oleh syarak) kerana solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang hanya dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Manakala solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan malahan ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.

Syarat-syarat Solat Qasar

-Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
-Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah.
-Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zohor, Asar, dan Isya’ sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak dibolehkan qasar solat qada’ dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di dalam musafir.
-Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
-Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam ( sempurna ).
-Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh
qasar.
-Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
-Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Solat Jamak

Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat qasar, harus solat jamak. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ dalam satu waktu yang sama, samada dalam waktu yang pertama atau yang kedua. Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takkhir.

Solat Jamak Taqdim

Jamak Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.

Syarat-syarat Jamak Taqdim

-Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya dilakukan solat Zohor dan Maghrib yang dikira solat yang pertama atau yang dahulu itu kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar dan Isya’ yang dikira solat kedua.
-Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
-Hendaklah berturut-turut atau mualat antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
-Hendaklah ia berkekalan pada musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya dengan jadi mukim di antara dua solat itu.

Solat Jamak Takkhir

Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah masuk waktunya dibawa ke solat yang kedua.

Syarat-syarat Jamak Takkhir

-Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama, kerana jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
-Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada.

| edit post

Hargai masa

Kalendar

Tentang Saya

oneminor
Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Lihat profil lengkap saya

Ruang Sembang

Followers