Renungan

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya."


Asmaul Husna

Photobucket

Minda Bestari

Apakah yang akan terjadi sekiranya manusia melakukan kemungkaran sewenang-wenangnya tanpa takut kepada azab Allah, pada masa yang sama mereka tidak mahu menerima teguran dan nasihat para pendakwah Islam. Ketika itu siapakah yang akan menjadi pembela dan pembimbing mereka? Adakah anda bersedia menjadi pendakwah yang berketrampilan dan berjaya merubah generasi ini?


Senarai Blog

SOLAT QASAR DAN JAMAK

Dicatat oleh oneminor Isnin, 22 Februari 2010 0 ulasan

Solat Qasar

Maksud solat qasar bagi orang yang musafir ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat ( Zohor, Asar dan Isya’) menjadi dua rakaat sahaja, dengan syarat ia masih lagi dalam musafir dan musafir itu bukan kerana maksiat (sesuatu yang dilarang oleh syarak) kerana solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang hanya dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Manakala solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan malahan ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.

Syarat-syarat Solat Qasar

-Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
-Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah.
-Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zohor, Asar, dan Isya’ sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak dibolehkan qasar solat qada’ dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di dalam musafir.
-Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
-Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam ( sempurna ).
-Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh
qasar.
-Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
-Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Solat Jamak

Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat qasar, harus solat jamak. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ dalam satu waktu yang sama, samada dalam waktu yang pertama atau yang kedua. Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takkhir.

Solat Jamak Taqdim

Jamak Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.

Syarat-syarat Jamak Taqdim

-Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya dilakukan solat Zohor dan Maghrib yang dikira solat yang pertama atau yang dahulu itu kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar dan Isya’ yang dikira solat kedua.
-Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
-Hendaklah berturut-turut atau mualat antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
-Hendaklah ia berkekalan pada musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya dengan jadi mukim di antara dua solat itu.

Solat Jamak Takkhir

Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah masuk waktunya dibawa ke solat yang kedua.

Syarat-syarat Jamak Takkhir

-Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama, kerana jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
-Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada.

| edit post

Hargai masa

Kalendar

Tentang Saya

oneminor
Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Lihat profil lengkap saya

Ruang Sembang

Followers